Monday, October 15, 2012

si comel.

Kau buat ku girang ketika yang lain membawa malang. Kau buat bintang yang jauh ada di depan. Kau buat peraturan longgar dan mudah dilanggar. Kau sejukkan hatiku ketika ku kepanasan. Kau sentap jantungku dengan harapan tatkala semuanya pudar. Aku sukakan senyumanmu, kerana senyumanmu itu senyuman kegirangan. Aku liat untuk bangkit dari katil menghayati keindahanmu. Senyuman manjamu buat ku longlai, alpa definisi bekerja dan tungkus-lumus. Aku seronok kerana senyumanmu. Kau yang comel sentiasa di hati ku. Andai dirimu bukan pinjaman sekilas, andai dirimu bukan bintang yang jauh, akan ku peluk mu sehingga siang, setiap hari dan malam. Kau lah puncaku gila bayang. Kau lah si comelku.

No comments:

Post a Comment