Jambul rambutmu ingin kumiliki. Hidung mancungmu buatmu berseri. Bibir merahmu inginku dekati. Pipi putihmu ingin ku ciumi. Kening halusmu ingin ku sentuhi. Susuk tubuhmu itu pesona hati. Kaki kananmu ingin ku ratapi. Kaki kirimu ingin ku gigiti. Tangan kirimu secomel kanak-kanak bestari. Tangan kananmu semolek isteri mithali. Jari-jarimu inginku sarung Bvlgari. Kuku-kukumu sekilau mentari. Kamu itu bertubuh dermadewi.
Hidungmu itu paruh helang. Badanmu itu badan beruang. Renunganmu itu rengunan sang belang. Lehermu ringkas bukan milik si jinjang. Gigi-gigimu itu gigi orang. Kerana itu senyumanmu sama-sekali, seluruhnya pasti, bukan senyuman binatang.
Andai mawar hilang bau, baunya itu pergi ke arahmu. Andai kekwa hilang rasa, rasanya itu sudah sebati denganmu. Andai tulip hilang warna, warnanya itu sudah mencorakkanmu. Andai bunga raya hilang kelopaknya, kelopaknya itu sudah ditanganmu. Andai Bougainvillea hilang durinya, durinya itu dilembutimu. Andai anggerik hilang benihnya, benihnya itu sudah menjadi dirimu.
Di katil ini aku mahu tidur. Di katil ini aku perlu tidur. Di katil ini aku patut tidur. Di katil ini aku tidak dapat tidur. Keranamu, sang penghibur.
No comments:
Post a Comment