Kau syairkan kecantikan melalui pandangan. Kau ukirkan kegirangan melalui senyuman. Kau abadikan kemudaaan melalui keyakinan. Kau semarakkan kemesraan melalui belaian. Kau wujudkan kebahagiaan melalui keremajaan.
Kau lah bara api nafsuku. Kau lah sentuhan berbentuk lamunanku. Kaulah jirim-jirim angan-anganku. Kaulah formula cinta syurgaku. Kaulah sang pujanggaku. Kaulah intisari lagu-lagu rinduku. Kaulah rupawan pingitanku. Kaulah balasan doa-doaku. Kaulah deklamasi sajak-sajak mabukku. Kaulah kekasihku itu.
Keranamu aku nyaris menggapai bintang, keranamu aku nyaris terbang ke bulan. Keranamu aku nyaris menggoncang angkasa. Keranamu juga ulangan perkataan itu suatu kemuliaan. Keranamu juga saat-saatku menjadi manis. Keranamu detik-detik hidupku hilang pahit. Keranamu di sekitar, duniaku berputar. Keranamu ialah harapan. Keranamu bakal menjadi realiti. Itu aku pasti.
Sentaplah jiwaku kerana ia belum dimiliki. Sentaplah hatiku kerana aku pasti di sini. Sentaplah tubuhku kerana aku pasti mahu. Sentaplah tanganku ketika ia masih belum disapu. Sentaplah aku, untuk aku dan kamu.
No comments:
Post a Comment